Barang Keperluan Sebelum Masuk UiTM TAWAU (PPT)

Assalamualaikum dan Hai !




Apa barang yang perlu dibawa ke UiTM Tawau ? hmm mesti semua tertanya-tanya kan ? Ok senarai barang yang perlu dibawa ke Uitm Tawau mestila kena buat list sendiri ...stress memang stress😀 .. so disini saya akan mensenaraikan barang-barang tersebut untuk bakal-bakal siswa dan siswi yang akan masuk ke UiTM TAWAU (PPT) . Semoga dengan senarai ini dapat memudahkan kalian semua .


PALING WAJIB 
  • Surat tawaran kemasukan ke UiTM TWU ( 4 KEPING )
  • Gambar berukuran passport (8 KEPING)
  • Borang A : BORANG PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
  • Borang B : BORANG MAKLUMAT PELAJAR BAHARU BERTAMPAL GAMBAR
  • Salinan kad pengenalan pelajar/ibubapa ( salinan hendaklah disahkan )
  • salinan sijil kelahiran pelajar/ibubapa ( salinan hendaklah disahkan )
  • Salinan sijil SPM pelajar ( salinan hendaklah disahkan )
  • Slip gaji ibu/bapa
  • Borang C : Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY

*Simpan dalam FAIL untuk memudahkan kamu membawa dokumen ini :)


PAKAIANMU 

  •  LELAKI - Baju Melayu, sampin, songkok 
  • PEREMPUAN - Baju kurung , jubah . ( Bawa banyak baju kurung sebab masa MDS memang akan pakai hari-hari , tgkla fassi suruh pakai apa )
  • T-shirt , kemeja lengan panjang/pendek
  • T-shirt lengan panjang warna PUTIH untuk PEREMPUAN . Lengan pendek untuk LELAKI ( ni untuk MDS , ikutla fasi suruh pakai bila )
  • Seluar - tracksuit, slack, jeans ( yang tidak ketat ya sayang2 sekalian )
  • Kain batik perempuan & kain pelikat lelaki
  • Sweater/cardigan/hoodie
  • Baju kurung putih & kain hitam & tudung bawal hitam ( untuk MDS )
  • Tudung ikut suka bawal/shawl boleh tapi shawl tidak dibenarkan pakai masa MDS :))
  • Anak tudung/getah rambut
  • kain dalam etc .... 
*Fassi ni senior-senior dari UiTM KK 😏


KAKIMU
  • Kasut yang bertutup 
  • Kasut sukan
  • selipar untuk pergi toilet
  • sandal untuk jalan-jalan pegi balung ka pegi bandar tawau ka pegi McD ka pegi balung river ka atau paling jauh pun semporna ka (kalau ada kawan orang semporna lagi best) 
  • stokin kulit/hitam

TOILETRIES
  • Sabun mandi/shampoo
  • Pencuci muka
  • Colgate & berus gigi
  • Shaver
  • Pencuci wanita
  • Baldi kecil untuk letak ni barang-barang . senang sikit mau bawa πŸ˜„

PERSONAL CARE 
  • Deodorant ( WAJIB )
  • Cotton buds
  • Perfume
  • Nail clipper
  • Sisir/pomade/spray rambut agar keras rambut siswa :D
  • Tuala wanita *penting πŸ˜™

LAUNDRY
  • Baldi *penting ya 
  • Gayung ( kalau mau bawa , bawa aja )
  • Sabun cuci kain & soflan ( pakaila sabun GANSO di kedai eco RM2.30 ) *ikut suka hati mau pakai apa
  • Hanger ( bawa banyak2 manatau kamu mau jemur di pagar2 tu agar kain cepat kering ) πŸ˜ƒ
  • sepit kain
  • Hanger bulat kecil sotong2 ( untuk benda kecil2 tu jimat sikit ruang untuk jemur kain πŸ˜‚ )

BILIKMU
  • Set cadar 
  • Bantal ( WAJIB gais )
  • Selimut
  • padlock/pewangi locker
  • pewangi bilik agar sentiasa harum 
  • Tong sampah kecil/ plastic bags ( kalau mau )
  • Alas kaki ( kalau rajin bawa )
  • Cermin kecil ( manatau malas mau bmakeup di tandas )
  • Alas meja 

STATIONARY
  • Test pad
  • Pens, pencils, liquid paper, rulers erasers, glue, scissor,
  • Fail
  • A4 papers
  • Stapler/penebuk lubang
  • Paper clip

MAKANAN DAN MINUMANMU
  • Biskut/roti
  • Air 3 in 1 ( MILO / NESCAFE / TEH / NESTUM )
  • Jajan ( keropok )
  • Maggi ( KARI / LAKSA / TOMYAM / MI SEDAP )
  • Gula-gula ( agar nda mengantuk dalam kelas )

GADGETS & ELECTRICAL APPLIANCES
  • Laptop & charger
  • Handphone & charger & earphone & powerbank
  • Pendrive
  • Iron
  • Heater ( pandai2 la tapuk ya )

EMERGENCY 
  • Minyak angin/minyak gamat
  • Ubat nyamuk
  • Ubat-ubatan ( panadol etc )

KEAGAMAAN
  • Telekung
  • Songkok/kopiah/kain pelikat
  • Sejadah
  • Al-Quran/Yassin

OTHERS
  • Tupperware/sudu/garfu/gelas/botol air/mangkuk




SELAMAT BELAJAR DI UiTM TAWAU 😊 SEMENTARA BELAJAR DI TAWAU PEGI LA JALAN-JALAN DI BANDAR TAWAU πŸ˜„ MAKANAN DI TAWAU SEMUA SEDAP2 BAKSO/NASI LALAP/AYAM PENYETπŸ˜‹. JANGAN LUPA DI BALUNG PUN ADA MAKANAN SEDAP !! DI BAKSO SANTAI ( NASI LALAP & BAKSO MESTI CUBA ) DEPAN BSN . TIDAK LUPA JUGA DI AL-ANSAR  ( NASI GORENG KAMPUNG etc ) & LOW COST .


THANK YOU FOR READING πŸ˜˜πŸ’–



Comments

Popular posts from this blog

BA111 - BUSINESS STUDIES UiTM

BILIK UiTM KK KOLEJ MANTANANI DAN KOLEJ MABUL

UiTM TAWAU DI HATIKU